Ahad, 26 Januari 2014

MINGGU KELIMA PERSEKOLAHAN 2014

27/1/2014 -ISNIN SKT TELAH DILAWATI OLEH PEGAWAI POLIS YANG MENJAGA SEKOLAH KAMI.
Konst 175957 Muhammad Kamarul bin Jambailludin dari Bakai Polis Langgar

PADA HARI INI JUGA ADA MESYUARAT SUKAN PKG POKOK SENA. SEMUA GURU SETIAUSAHA SUKAN KAWASAN POKOK SENA HADIR KE SK TUALANG.


Nampaknya semua guru kelihatan bersemangat .

Cikgu Mahadi dan Cikgu Yusoff sedang berbincang tentang kejohanan PKG Pokok Sena.



Mesyuarat ini di pengerusi oleh GB Tualang- Puan Badriah binti Hj Minai.


PADA HARI  KHAMIS SEKOLAH KAMI DILAWATI OLEH PEGAWAI JPN KEDAH , SUSULAN DARI PERMOHONAN PIHAK SEKOLAH TENTANG ALIRAN AIR KE SEKOLAH 
TUALANG YANG PERLAHAN.




Lawatan oleh En Ku Paridil Atras bin Ku Nayan dan En Mohamad Azrin bin Yob

PADA HARI KHAMIS, PEKERJA SKTUALANG BEKERJASAMA MEMASANG BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA






Selasa, 21 Januari 2014

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014 SK TUALANG.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014 SK TUALANG TELAH DILAKSANAKAN  PADA 21/1/2014 (SELASA) DAN DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI KHAS KEPADA MENTERI BESAR KEDAH IAITU ENCIK HARIS BIN CHE MAT.PIHAK SEKOLAH  MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA BELIAU,  KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI   PADA HARI TERSEBUT.


 Inilah wang bantuan awal persekolahan 2014.Untung jika ada ada ramai anak.
Seorang seratus jika ada 5 orang bermakna RM 500.00

  Sedang mendengar taklimat 
disampaikan oleh YDP PIBG,
Guru Besar dan Pegawai Khas
kepada Menteri Besar Kedah

Pemberian wang bantuan awal 
persekolahan disampaikan
oleh Encik Haris bin Che Mat

 Juruacara Majlis -Cikgu Muhammad Nizam merangkap Naib Yang Dipertua PIBG SK Tualang

 Encik Haris menyumbang wang
untuk tabung surau .
 Ucapan En Syukur Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Tualang
Berbicara tentang rumah guru lama dan satu murid satu pasu satu bunga untuk keceriaan sekolah.
 Ucapan Puan  Badriah binti Hj Minai.
Guru Besar SK Tualang
Mengalu-alukan kedatangan  semua orang dan rasa syukur atas bantuan kerajaan sekurangnya dapat menambah kembali tabung mereka selepas dibelanja kepada murid sebelum sekolah dibuka .Gunakan sebaik mungkin demi kesejahteraan murid dan keluarga.
Ucapan Encik Haris bin Che Mat-Pegawai Khas
Kepada Menteri Besar Kedah.
Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyatnya.Bantuan awal persekolahan diberi dari sek rendah, menengah hingga universiti.Kemudian anak muda dan isi rumah.










Encik Haris seorang yang prihatin
 dan peramah.







 Tentu waris lebih gembira kerana cikgu yang berikan wang itu comei .









WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG 2014

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH DIDIKASI KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG POKOK SENA ALOR SETAR KEDAH. MOGA ALLAH SWT SENTIASA MEMBERKATI USAHA KITA SEPANJANG HAYAT.AMIN...



AKUJANJI MURID TAHUN 6 DENGAN WARIS DAN GURU TAHUN 6

Selepas perjumpaan GB dengan murid-murid tahun 6 2014 pada 2/1/2014 dan 5/1/2014 mengikut kelas masing-masing ,maka pada 10.00 pagi diadakan mesyuarat peningkatan tahun enam antara gb dan guru-guru tahun 6. Dalam perbincangan itu maka dipersetujui hari AKU JANJI serta MOTIVASI WARIS diadakan pada hari Khamis 9/1/2014.
Tetamu jemputan ialah En Hamzah dari Institut Aminudin Baki Cawangan Utara Jitra bagi menyampaikan motivasi waris tahun 6.

Pendaftaran waris tahun 6

Ucapan Puan Guru Besar

 Penerangan  Bahasa Inggeris oleh Teacher Aida
 Penerangan  oleh guru Matematik --Puan Jamilah
AKUJANJI  oleh murid-murid tahun 6 2014

Sabtu, 18 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

PERANCANGAN 2014    TELAH SELAMAT DIBUKUKAN DAN DIEDARKAN KEPADA SEMUA GURU DAN STAF  SKTUALANG PADA MESYUARAT PERTAMA 2014 PADA 29/12/2013 HARI AHAD.



Pada hari ini diadakan dua mesyuarat iaitu mesyuarat staf jam 8.00-10.00 pagi.
 Seterusnya  jam 10.30 - 12.30 mesyuarat kurikulum.

Pada hari Isnin 30.12.2013 mesyuarat Hal Ehwal Murid dan Mesyuarat KoKurikulum.

pada 31.12.2013 diadakan transisi tahun satu dan pra sekolah. Manakala para waris diberi

motivasi oleh Tn Hj Nasarudin dari IAB Jitra Kedah.

Para waris kyusuk  menjawab soalan diberi oleh penceramah.

Tn Hj Nasaruddin  dari IAB Jitra.

TASK FORCE HARI PERTAMA 2014

Hari pertama tahun 2014 SK Tualang telah dilawati oleh Puan Shabinar dari JPN Kedah.


Puan Shabinar dari JPN Kedah