SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH





     Sekolah ini terletak di Kampong Tualang diasaskan oleh En Idris Bin Osman pada tahun 1937 dengan seramai 37 orang murid.   
     Bangunan asal merupakan sebuah bangsal yang di buat daripada buluh dan atap nipah. Pada tahun 1941 - 1944 sekolah ini menumpang di madrasah Kampong Kepala Bukit Tualang.   
     Pada tahun 1945 berpindah pula ke tapak pekan Khamis Tualang. Pada tahun 1950 berpindah pula ke bangunan baru dengan murid seramai 100 orang. Pada tahun 1955 bilangan pelajar bertambah kepada 205 orang dengan tenaga pengajar seramai 4 orang.    
     Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh DYMM Tunku Abdul Halim Raja Muda Kedah pada 1956.   
     Pada tahun 1961 sekolah ini dinaikkan taraf kepada Sekolah Kebangsaan Tualang dan mendapat bantuan penuh kerajaan Sehingga kini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan